KAMI AMAT MEMERLUKAN SOKONGAN ANDA

UNTUK MENYIAPKAN ASRAMA PELAJAR ANAK YATIM DENGAN SEGERA

Projek Asrama Anak Yatim

PTARM telah mendapat banyak permintaan daripada masyarakat setempat yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak mereka belajar di sini.

Akibat tempat yang terhad, dengan berat hati, PTARM terpaksa menolak permintaan yang ada.

Namun, setelah berbincang dengan pihak pengurusan, PTARM berhasrat untuk menawarkan program pengajian PERCUMA khas untuk anak-anak yatim.

Program ini akan mula dilaksanakan pada Mac 2024 dengan pengambilan awal untuk 10 orang pelajar sahaja.

Justeru, sebuah asrama penginapan khas untuk pelajar anak yatim ini akan dibina dengan keluasan 18’x22′.

Program ini diharapkan dapat menarik lebih ramai generasi muda dalam kalangan anak yatim untuk menjadi penghafaz Al-Quran.

Inilah tapak asrama pelajar anak yatim yang berukuran 26'x12'
Cadangan model asrama pelajar anak yatim

Anggaran Kos

RM 0

Sumbangan

0

Pelajar Anak Yatim

RM 0

Seorang

Nilai tersebut mungkin banyak jika ditanggung seorang diri, namun jika setiap penyumbang dapat memberi sedikit sumbangan, pasti kita dapat merealisasikan impian anak-anak tahfiz di sini.

Jom Kenali Kami Serba Sedikit

Pusat Tahfiz Al-Quran Raudhatul Mawaddah (PTARMP)

Pusat Tahfiz Al-Quran Raudhatul Mawaddah (PTARMP) ditubuhkan sejak tahun 2017 di Parit Buntar, Perak dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak. Bilangan pelajar terkini adalah seramai 20 orang pelajar dan mereka sangat menekankan ilmu Al-Quran dan juga As-Sunnah.

Lokasi Pusat Tahfiz Al-Quran Raudhatul Mawaddah di Google Maps.

Pusat Tahfiz Al-Quran Raudhatul Mawaddah telah didaftarkan di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Perak pada 02/06/2022

AYUH SANTUNI ANAK YATIM

“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” 

(Surah Al-Baqarah ayat 220)

Insya-Allah besar ganjaran buat anda yang sudi membantu kami dalam memastikan pelajar anak yatim di sini dapat belajar dan menghafaz Al-Quran dengan lebih selesa. 

Sudah ramai pelajar yang telah cemerlang dalam mempelajari Al-Quran sejak belajar di tahfiz ini. 

BERSEDEKAHLAH UNTUK BEKALAN AKHIRAT ANDA

Insya-Allah, boleh jadi dengan asbab infaq yang dihulurkan, setiap amal pelajar-pelajar tahfiz seperti membaca, menghafaz Al-Quran serta ilmu bermanfaat yang disebarkan kepada masyarakat, pahalanya juga turut mengalir buat Tuan Puan.

Bukan hari ini sahaja malah 

SELAMA-LAMANYA !

“(Sedekah yang paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan. “

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

BANK ISLAM MALAYSIA

PUSAT TAHFIZ AL-QURAN RAUDHATUL MAWADDAH

08022010072115

(Reference: InfaqPTARM)